Perancangan yang baik memerlukan kita melakar matlamat yang mampu menjadi garis panduan agar segala yang kita rancang mampu terlaksana dan sekaligus kita semakin bermotivasi untuk mencapai kejayaan demi kejayaan..
Namun, ada di antara kita masih tidak tahu/sedar apakah punca yang menyebabkan segala yang di rancang tidak mampu terlaksana..
Disini saya akan kongsikan 4 ciri-ciri matlamat yang boleh anda amalkan untuk memastikan segala yang berlaku dalam hidup anda sekurang-kurangnya 70% seperti yang anda rancangkan berlandaskan kepada matlamat yang telah anda tetapkan..

- Matlamat hendaklah jelas dan mudah di fahami.
- Dapat di ukur dengan mudah
- Realistik
- Mempunyai jangka masa tertentu untuk di capai
Matlamat perlulah dinyatakan dengan jelas dan spesifik dan istilah yang sukar tidak harus digunakan bagi kita lebih mudah untuk menumpukan segala usaha untuk mencapai target yang telah kita tetapkan. Ini kerana, sekiranya matlamat yang kita ingin capai adalah jelas dan spesifik kita akan tahu bagaimana dan kenapa kita melakukannya.
Matlamat juga haruslah dapat di ukur dalam erti kata lain matlamat yang dinyatakan secara kuantitatif lebih mudah di ukur contohnya dalam bentuk ringgit malaysia berbanding dengan matlamat yang hanya di nyatakan dalam bentuk perkataan seperti menjadi jutawan tanpa menyatakan angka tertentu bagi jumlah aset yang dimiliki untuk bergelar seorang jutawan.
Sifat matlamat yang seterusnya ialah realistik dan mampu di capai. Sekiranya kita meletakkan matlamat yang terlalu tinggi dan terlalu sukar, kita akan mudah berasa kecewa jika matlamat tersebut tidak mampu di capai dan sekaligus akan membuatkan kita tidak bermotivasi lagi untuk terus berusaha bagi merialisasikan matlamat tersebut.
Ciri-ciri matlamat yang terakhir pula ialah matlamat yang baik haruslah mempunyai jangkamasa yang tertentu untuk di capai. Ini kerana, matlamat yang di tetapkan tarikh untuk mencapainya akan menjadikan kita lebih fokus dan berkomitmen untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Sekadar itu dahulu, berjumpa lagi di masa yang akan datang dan jika anda idea-idea bernas yang boleh di kongsikan bersama-sama...sudi2kanlah kongsikan ia di ruangan komen ya..

No comments:
Post a Comment
terima kasih atas perkongsian bernas anda itu:)